Saturday, February 13, 2010

Posted by Norhalizayana Sazali On 8:17 AM
Assalamualaikum...

Hari ini aku akan mula menulis apa sahaja yang berlaku sepanjang hidupku bergelar isteri, segala pahit manis akanku luahkan disini. Di dalam dunia ini tiada manusia yang sempurna, aku menulis hanyalah untuk
suka-suka dan tiada niat lain kecuali untuk dijadikan tatapan anak cucu (insyaallah), lagipun aku lebih suka duduk di rumah berbanding duduk di luar rumah kerana akan menyebabkan berlakunya umpat-mengumpat dan aku tidak mahu terlibat dengan gejala kurang sihat seperti ini.

Tercetusnya idea untuk menulis kisah hidupku sebagai isteri apabila mengenangkan siapa yang akan mengingati aku kalau bukan diriku sendiri. Memori setiap manusia tidak akan dapat mengingati semua perkara yang berlaku, dengan perkembangan teknologi sekarang, apa salahnya aku menyimpan memori disini. Semua yang berlaku adalah benar, tiada unsur peniruan dan tiada perkara-perkara berbau politik.

0 Statement:

Sponsor