Monday, February 15, 2010

Posted by Norhalizayana Sazali On 4:53 PM
Kami bertolak ke Kg. Ajil pada pukul 10.00 pagi, sampai di sana pada pukul 1.00 tengahari. tema yang digunakan oleh mereka ialah hitam dan putih. Mereka sama cantik dan bergaya...aku suka melihat majlis perkahwinan. Malangnya ada sesuatu yang menimpa mereka, aku juga turut
tidak berpuas hati dengan mak andam yang mereka bayar, tidak menjalankan tugas dengan baik, datang lewat untuk makeup pengantin, lupa bawa payung dan kalau tidak silap aku...dia juga lupa bawa baju persalinan, menjadi kepantangan aku kalau orang tidak menjalankan tugas dengan baik, kesian Tie...hari bahagianya terganggu disebabkan sikap tidak bertanggungjawab mak andam tersebut.


Sebelum pulang kami sempat singgah di Pantai Batu Buruk dan Masjid Kristal.

0 Statement:

Sponsor