Monday, February 15, 2010

Posted by Norhalizayana Sazali On 11:05 PM
Pada aku, bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, segalanya perlu dijaga, aku masih belajar menyesuaikan diri, tadi abg bawa pergi membeli barang dapur di NSK Selayang, selalunya masa sebelum kahwin, mak yang sibuk pilih bawang/sayur/barang basah/kering dan
aku hanya tolong komen sikit-sikit sambil tolak barang saja, tetapi sekarang berbeza...aku sendiri yang akan pilih semuanya, banyak yang aku kena fikir semasa mahu membeli...samada barang itu akan digunakan atau tidak, bawang/sayur juga kena pilih yang betul-betul masih cantik dan segar, begitu juga dengan ayam dan ikan...tetapi yang ini selalunya abg yang akan ambil...aku hanya cakap mahu atau tidak saja, kami sama-sama berusaha untuk tidak ada berlaku pembaziran.

Yang paling mengejutkan kami sendiri, 1 sarang telur hanya untuk seminggu, kerana  kami makan telur rebus separuh masak sebelah pagi dan malam. Barang paling susah sangat kami beli ialah gula...yang ada sekarang pun masih banyak, dah hampir 2 bulan gula tu tidak habis lagi.

0 Statement:

Sponsor