Monday, February 15, 2010

Posted by Norhalizayana Sazali On 3:54 PM
13/2/2010

Aku tidak dapat menulis ke dalam blog selama dua hari kerana coverage broadband terlalu perlahan, pada hari ini aku dengan abg pergi ke Kg. Ajil Terengganu untuk menghadiri
perkahwinan sahabatnya Ayie dan Tie,bertolak pada pukul 5.00 petang, kami tersangkut didalam kesesakan lalu lintas dari Tol Gombak sehingga Tol Bentong selama 2 jam, sepatutnya hanya akan mengambil masa 1 jam saja, kesian abg...dia penat baru balik kerja dan ditambah pula dengan kereta yang kami guna sekarang manual...mesti sakit kaki. Aku tahu dia sanggup memandu jauh demi melihat hari bahagia sahabatnya walaupun penat.


Kami sampai di Lepar 4 Kuantan pada jam 10.30 malam kerana sesat  sehingga hujung jalan mati lepar, dan tumpang tidur di rumah Mak Uda.  Macam tak percaya sahaja sepupuku Apis dah ada anak lelaki, apa-apa pun aku turut gembira dan mendoakan semoga Apis dan isterinya bahagia keakhirnya.

0 Statement:

Sponsor