Wednesday, April 7, 2010

Posted by Norhalizayana Sazali On 12:09 AM
KUALA LUMPUR: Teguran seorang wanita kepada jiranya supaya tidak menjemur kasut di atas  ayat Kursi membawa padah apabila diserang suami wanita terbabit yang 'naik minyak' di Kampung Cheras Baru.
   Difahamkan lelaki terbabit bertindak agresif apabila mneggunakan topi keledar, batang mop dan tukul sebagai senjata memukul mangsa, sebelum kejadian itu dileraikan penduduk setempat.
   Bagaimanapun, lelaki berkenaan masih belum berpuas hati dengan kejadian itu dikatakan mengugut bertemu jirannya untuk 'menyambung' semula pergaduhan itu. Mangsa yang ketakutan membuat laporan polis.
   Menurut sumber, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari Jumaat lalu, wanita berusia 30-an itu ternampak jirannya menjemur kasut di atas bumbung yang dibawahnya ada pintu yang ditampal dengan ayat Kursi.
   "Wanita berkenaan menegur wanita terbabit secara lembut kerana meletak kasut di atas ayat Kursi itu tidak elok," katanya.
   Namun, dia tidak menyangka teguran itu menyebabkan jirannya mengadukan hal berkenaan kepada suaminya yang baru pulang ke rumah.
    Sumber itu berkata, lelaki terbabit dikatakan berang tindakan mangsa cuba menegur perbuatan isterinya.

Petikan: Harian Metro, Selasa, 6 April 2010.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang cuba saya tampilkan disini ialah kenapa perkara sebegini boleh berlaku, padahal teguran itu hanyalah perkara kecil, saya sebagai seorang suri rumah amatlah bimbang terhadap keganasan seperti ini,  tidak dinafikan juga antara sebab-sebab masyarakat berjiran sekarang hanya membuat hal masing-masing tanpa mempedulikan jiran sebelah dan adakalanya jika rumah jiran dirompak pun tidak tahu. Saya tak faham??? Si isteri mungkin memutar-belitkan perkara sebenar atau si suami yang bermasalah mental. Akibatnya...berlaku pergaduhan, hilang rasa hormat terhadap sesama jiran dan permusuhan yang tidak diketahui kesudahannya. Takkan nak bergaduh sampai dah ada yang mati baru nak puas hati...apa salahnya terima saja teguran itu dan duduk diam-diam dalam rumah, tak perlulah sampai pukul orang, keganasan itu bukan jalan penyelesaian. Renung-renungkanlah...

3 Statement:

murnihati said...

alahai zaman skrg ni..langsung tkleh nk tegur kot..

mira amira said...

macam2 org zmn skrag ni. tegur skit pun terus melenting. patut nyer kita saling nasihat menasihati dlm islam. mcm2 hehe =)

[airsuam]

kinsyakrn said...

tegur salah, xtegur dalah...susah!!

Sponsor