Wednesday, April 14, 2010

Posted by Norhalizayana Sazali On 3:58 PM

~KETERANGAN PROJEK~

Projek ini terbuka untuk SESIAPA SAHAJA (semua peringkat usia .. isteri, suami, ibu, ayah, anak-anak, kakak, bibi, pakcik, makcik, sepupu...boleh ajak mereka semua untuk menyertai projek ini!) yang penting mereka meminati JOONGBO!rolleyes.gif

Beli 2 poskad(sama atau berbeza) yang anda rasakan paling sesuai mewakili negara/ kota/ daerah/ bandar/ wilayah anda. Adalah lebih baik jika poskad tersebut menunjukkan negara anda yang sebenarnya, jika tidak mahu tidak apa, kerana pada setem nanti akan menunjukkan negara asal.

Pada bahagian belakang kad:


Tarikh poskad "2010-04-29" (tarikh ulang tahun mereka)

Menulis/ menyalin/ menampal  perkataan ini "세계로!" (yang bermaksud kepada dunia) dan membuatnya menjadi fokus utama. Kami memahami bahawa kebanyakan orang tidak tahu bagaimana menulis dalam Bahasa Korea (termasuk saya sendiri) tapi cuba cari cara terbaik anda, samada cara untuk menyalin/ menampal pada poskad anda, jika anda benar-benar tidak boleh melakukannya, maka penyelesaian termudah ialah salin perkataan diatas dan cetak, kemudian tampal pada poskad, cuma pastikan ianya tidak rosak atau koyak semasa dalam perjalanan penghantaran.

Kemudian anda boleh menulis mesej anda sendiri(dalam Bahasa Korea atau Bahasa Inggeris) menambah pelekat berbentuk hati, kucing atau apa sahaja untuk menunjukkan isi hati anda sempena ulang tahun mereka.

Mudah untuk mereka menyusun poskad yang berasal dari penghantar yang sama, tulis nama depan anda, huruf pertama nama akhir anda dan negara 
Contohnya: Norhalizayana Sazali, Malaysia ditulis seperti ini "Norhalizayana S, MALAYSIA"
Atau meletakkan pelekat yang sama, gambar pada kedua-dua kad pos.

Di sudut bawah tulis: Soompi Joongbo(anda perlu mendaftar dahulu di soompi.com)

Anda perlu pos sendiri untuk kedua-dua poskad Hyun Joong dan Hwang Bo. Waktu sampai yang sesuai adalah dari 26-29 April. Sila pastikan anda membeli nilai yang betul untuk kos kiriman (sila bertanya di kaunter pejabat pos, dan mungkin ianya mengambil masa 10-14 hari untuk poskad anda sampai ke Seoul) .

HWANG BO HYE JUNG
SHIMTY COMPANY
#301. 11-40 Chungdam-dong, Kangnam-gu.
Seoul 135-100. South Korea

황보혜정 심티컴퍼니
서울시 강남구 청담동 11-40 301호
우편번호135-100, South Korea


Kim Hyun Joong
DSPmedia Entertainment
3/F, Sin Sung Building,
58-8 Banpo-dong, Seocho-gu,
Seoul 137-040. South Korea

김현중 DSP미디어
서울시 서초구 반포동 58-8 신성빌딩 3층
우 편번호137-040, South Korea


* Jika membolehkan anda menggunakan alamat Bahasa Korea kerana akan lebih mudah untuk penghantaran perkhidmatan pos Korea (serupa dengan tanda di atas tadi "세계 로" pada poskad anda, anda boleh mencetak dan memotong dan tampal alamat tersebut pada poskad anda) tetapi jika tidak boleh, alamat dalam Bahasa Inggeris juga telah dikenal pasti tiba dengan selamat.

Setelah lengkap, diharap memberi tahu kami di sini:
http://www.freeshoutbox.net/postcardproject untuk memaklumkan kami bahawa anda telah menyertai dan negara anda. Anda juga perlu mengimbas(scan) poskad anda dan hantar ke ssangchu1004@gmail.com kerana kami merancang untuk membuat video untuk projek ini.

Jangan ragu untuk mengumumkan kembali projek/ menterjemah ini ke forum lain/ blog anda  biggrin.gif cuma kreditkan kepada http://malaywifelife.blogspot.com dan soompi.com

TERIMA KASIH UNTUK KERJASAMA ANDA!

MARI MENJAYAKAN PROJEK INI wink.gif

Saya diminta untuk menyebarkan ini supaya semua orang boleh melihat dan menyertai! Dan saya berharap bahawa semua orang boleh sertai!!!

*Kredit: Soompi.com*

1 Statement:

Anonymous said...

Wow... this site is so interesting. I just wanted to know how do you monetize it? Can you give me a few advices? For example, I use http://www.bigextracash.com/aft/2e7bfeb6.html

I'm earning about $1500 per month at he moment. What will you recommend?

Sponsor