Saturday, April 10, 2010

Posted by Norhalizayana Sazali On 11:22 PM


Assalamualaikum, info kesihatan dari saya hari ini adalah "berdengkur". bunyi macam perkara kecil, tapi sebenarnya macam-macam hal boleh berlaku dengan berdengkur. Berdasarkan pengalaman saya semasa menaiki bas dengan orang berdengkur ini,
3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kluang hanya dia yang tidur lena, penumpang lain hanya tidur-tidur ayam, akhirnya kepala lelaki tersebut dipukul dengan botol air mineral oleh salah seorang penumpang akibat tidak tahan dengan bunyi bising dari dengkurannya.

Sedarlah dari sekarang adakah anda berdengkur atau tidak? Ramai yang masih tidak menyedari masalah dengkuran yang mengganggu ini dan jangan juga memandang remeh perkara seperti ini, kerana kebanyakkan orang disekeliling kita mula menjauhkan diri yang berpunca dari dengkuran anda. Tidak dinafikan juga berdengkur termasuk dalam senarai punca pergaduhan dalam rumah tangga. Jangan malu bertanya samada anda berdengkur atau tidak kepada ahli keluarga atau rakan.

Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. 'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya(sila berjumpa doktor secepat mungkin).

Petua untuk mengurangkan dengkuran:
  • Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
  • Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
  • Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
  • Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
  • Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  • Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang 
  • Jangan mengambil makanan pada lewat malam
Alhamdulillah saya tidak mempunyai masalah berdengkur, macam mana pula dengan anda? malam ini bolehlah mula mengenalpasti samada anda ada penyakit berdengkur atau tidak.

3 Statement:

farysa said...

hehe
cm lwk plak kne ketok
=)

Ibu Ammar said...

kalau selsema mmg berdengkur tido. salur pernafasan sumbat

Encik aMin said...

kalo berdengkur, pakai laa plaster yg kat idung tu... terbukti berkesan beb..

Sponsor