Friday, April 30, 2010

Posted by Norhalizayana Sazali On 5:17 PM
Menghangatkan lagi hubungan kamu dengan menambah makanan ini ke dalam menu seharian.


foods that put you in the mood

Sejak dahulu lagi makanan telah dikaitkan dengan kesihatan yang baik serta dapat mengawal mood seseorang. Jika kamu masih tercari-cari makanan apa yang sesuai untuk memantapkan lagi hubungan dan dalam masa yang sama meningkatkan tahap keseluruhan kesihatan. Berikut adalah senarai dan sedikit penerangannya.

 
Kacang almond Almond telah lama menjadi simbol kesuburan, merupakan sumber protein yang sihat. Selain itu, aromanya dikatakan dapat merangsang wanita, sehingga tidak menghairankan bahawa minyak almond adalah bahan yang biasa dalam sabun dan lotion.
 

 
Asparagus
Sayur ini mengandungi vitamin E yang membantu dalam menghasilkan hormon. Jika sudah berkahwin adalah baik ambil selama 3 hari berturut-turut bagi kesan yang terbaik. (ini petua saya sendiri)


Avocado
Buah ini mengandungi vitamin B6, yang dapat meningkatkan hormon lelaki.


Pisang
Mengandungi vitamin B yang membantu meningkatkan kadar tenaga keseluruh tubuh.

 
Seledri(Celery)
Makanan ini adalah rendah kalori dan mengandungi hormon berbau disebut androsterone, aromanya yang keluar dari peluh dapat meningkatkan tahap seksual seseorang.

Lada
Lada mengandungi sejenis bahan kimia untuk melepaskan endorfin dan membuat perasaan kebahagiaan dan ketenangan. Lada juga dapat meningkatkan aliran darah dan denyutan jantung, dan juga merangsang hujung saraf, sehingga meningkatkan dorongan seksual.

Coklat
"Ubat cinta". Pada zaman moden sekarang ini, coklat dapat membantu meningkatkan rasa ketengan diri, coklat juga membantu melepaskan 'hormon otak merasa tenang', ia juga membantu mengimbangkan perasaan hati dan mengurangkan rasa cemas.

Halia
Halia segar dapat merangsang sistem peredaran darah, disamping dapat meningkatkan aliran darah ke organ seksual, dan mengandungi vitamin C, zink dan magnesium.

Ini cuma beberapa yang saya amalkan, jika anda mempunyai makanan lain yang boleh mengawal mood, boleh berkongsi di sini. Kerana mungkin cara anda berbeza dengan cara saya.

2 Statement:

Eyqa Zaque said...

Biletfundi COklat! hehe
bagus tips ne
makasih kak. :)

Bukan Eciz said...

hattoii ini info sangat membantu okeyy.


NISECA suka merapu

Sponsor