Thursday, April 29, 2010

Posted by Norhalizayana Sazali On 9:32 PM


 Apa yang harus dilakukan? Jika si dia  menunjukkan salah satu daripada enam tanda-tanda di bawah, cuba berbincang dengannya tentang perkara tersebut. Katakan kepadanya hal-hal yang anda rasakan berbeza dari dulu, dan anda ingin tahu apa yang terjadi. "Jika dia memberitahu anda semuanya baik-baik saja", jangan pula mudah percaya 100%, kerana belum tentu ianya benar, "Jangan pula hanya menutup mata pada hubungan anda", kerana hal-hal buruk ini akan semakin buruk, cuba berbuat sesuatu tentang hal tersebut, Jika dia tidak curang, semua tanda di bawah adalah isyarat bahawa mungkin dia akan melakukannya.

Perbezaannya boleh dilihat dari perubahan perilaku, adakah ianya berlaku pada anda?  Berikut adalah enam tanda-tanda yang harus anda perhatikan.

1. Sikap berubah.
Tanda-tanda yang paling ketara si dia berlaku curang apabila sikapnya berbeza dari cara sebelum ini. Tetapi jangan mudah panik dan terus menganggap si dia curang, ia mungkin hanya ingin mengubah sikap kepada yang lebih baik. Apa anda perlu mengesyaki adalah perkembangan baru, cuba anda bertanya pada diri sendiri dahulu, "Adakah apa yang terjadi sangat berbeza dari biasanya? Adakah ia menunjukkan perubahan perilakunya terlalu peribadi? Jika si dia mula menunjukkan sikap begitu dan tidak pernah berlaku sebelum ini anda harus mula menanyakan soalan.

 2. Mula menjauhkan diri.
Jika si dia tiba-tiba mula kerap balik lambat, dan sering mencari alasan untuk keluar dari rumah, mula pergi kemana-mana tanpa membenarkan anda ikut, atau hanya secara umum seperti cuba mengelakkan diri dari anda, itu tanda yang jelas ada masalah dalam hubungan anda. Kerana selalunya walau sibuk bagaimanapun si dia mungkin, berusaha mencari masa untuk bersama anda. Jika dia mula berhenti menbahgi masa untuk anda, itu sama sekali tidak masuk akal. Mungkin dia banyak menghabiskan masa untuk orang lain.

 3. Tidak seromantik dulu
Kadang-kadang bila seorang itu mula curang, tetap sama romantik, tapi  mungkin caranya akan berubah sedikit demi sedikit sehingga anda rasa tidak seromantik dulu. Tetapi kena berhati-hati juga dengan yang pandai bermuka-muka, ada yang pandai mengekalkan semua sikap romantiknya supaya anda tidak sedar bahawa dia sebenarnya sedang curang juga.

 4. Sering berlaku pergaduhan.
Jika seorang itu curang, dia mungkin berhenti bersikap seperti biasanya, Mungkin dia dulu sangat mencintai dan baik terhadap anda, tapi sekarang dia sepertinya mudah menyesal, atau mudah sangat berkelahi. walaupun hanya perkara kecil. Jika dia konsisten tidak melayan anda dengan baik, jangan berlengah-lengah melayani karenahnya. Cubalah untuk mencari tahu mengapa dia berbeza.

 5.  Semuanya menjadi sangat peribadi.
Si dia mula selalu pergi ke bilik atau tempat yang lain untuk menjawab telefon, mengubah tetapan telefon kepada mod senyap apabila berjumpa dengan anda. Kecuali, memang sikapnya gila private dan anda tahu  memang mengetahuinya, maka tidak apa. Tapi kalau dia tiba-tiba berhenti menyemak e-mel di depan anda, telah mengubah bilik air menjadi pondok telefon, dan telah mengubah alamat bil ke pejabatnya, anda perlu meraguinya.
 

6. Cakap tidak serupa bikin
Dia tidak boleh dipercayai . "Adakah dia di tempat seperti yang dikatakannya?" Jika dia tidak pernah berada di tempat seperti yang dikatakannya, itu adalah tanda dia berbohong sesuatu kepada anda. Mungkin dia  cakap dia berada di pejabat, bila anda menelefon dan dia tidak ada, atau katanya dia dengan kawan,  cuma jangan mudah tuduh melulu pula kerana perancangan semua orang mungkin akan berubah dan terpaksa ke tempat lain. Tetapi jika si dia secara konsisten tidak berada di tempat seperti yang dikatakannya, peratusnya adalah tinggi si dia sedang bersama "SESEORANG".


Jika perkara-perkara di atas ada yang berlaku pada anda, kongsikanlah pengalaman anda, supaya kita sama-sama dapat menjadikan hidup ini lebih bermakna.

3 Statement:

saya_arief said...

cinta...
hoho..
suda lame tidak menemuinya.

Bukan Eciz said...

ohhh. alhamdulillah boyfie ku masih okeyy. tapi gaduh, belum couple lagi kitorg da memang kuat gaduh. huahuahua



nak tgk apa yg kamu sudi komennn = Maya! Kenapa nak Dani jugakk??

Unknown said...

betul2..bila si dia mula berubah, pasti perang dingin bakal berlaku.:)

Sponsor