Tuesday, April 27, 2010

Posted by Norhalizayana Sazali On 10:17 PM


Di awal percintaan segalanya manis bak madu asli, bahkan mungkin lebih manis daripada itu, pijak semut tak mati, itulah yang selalu terjadi dalam proses awal bercinta, segala perangai buruk dikunci rapat. Dalam tidak sedar, lama-kelamaan si bunga baru tahu madu yang disangka asli itu sebenarnya bukan yang asli, Apa yang saya maksudkan dengan perkataan madu-madu ini ialah, kebanyakkan pasangan bercinta ini selalunya tidak akan nampak sikap sebenar dan masih tidak mahu menunjukkan sikap sebenar diri masing-masing, si bunga pula terlalu dikaburi perasaan cinta, akibatnya...diri sendiri yang merana.

5 kesilapan remaja di awal percintaan :- 

Terlalu awal menerima cinta - remaja selalunya terlalu ghairah ingin bercinta sehingga lupa untuk menilai diri bakal kekasihnya, yang mereka tahu ada orang yang ingin menyintai mereka. Sepatutnya cuba ambil masa untuk menyiasat serba sedikit latar belakangnya, tetapi jangan pula bertanya kepada kawan baik pasangan tersebut, kerana mereka tidak berapa boleh dipercayai.

Mudah percaya - Mulut manis membuatkan remaja mudah sangat mempercayai walaupun sebenarnya banyak yang palsu, kalau boleh janganlah seratus peratus terima apa yang dikatakan. Contohnya perkara-perkara yang melibatkan duit. 

Wujudnya peluang ketiga - Semua orang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan semasa bercinta, mungkin patut diberi peluang kedua, tetapi tidak ketiga, terutama sekali jika kesalahan yang dibuat itu dari segi penderaan. Apa tunggu lagi, keputusan ditangan anda, takkan nak tunggu perkara buruk berlaku baru nak menyesal. Bertindak segera!!! 

Lupa kawan - Sebelum bercinta, dengan siapa saat suka duka anda, kawan memang kerap akan dilupakan semasa anda sedang asyik bercinta. Jangan masa ada masalah baru nak cari kawan, lama-kelamaan mereka pun akan menjauhkan diri. pandai-pandailah membahagi masa. Sebab akan ada masanya nanti mereka juga yang anda akan cari. 

Menyerahkan maruah diri - Hubungan belum sah disisi agama, dah ada istilah "segalanya milikmu". terlalu mengikut nafsu bukanlah cara yang betul dalam percintaan. Tidak perlu membuktikan betapa tulusnya cinta anda dengan cara sebegitu. banyak lagi cara lain yang boleh membuatkan pasangan anda bahagia.

Banyak lagi yang saya nak huraikan, tapi nanti anda yang membaca bosan pula, segala yang anda baca adalah buah fikiran dan pendapat saya sendiri, nantikan tajuk akan datang "6 TANDA-TANDA KEKASIH ANDA MENIPU"


5 Statement:

Linglung said...

kalau org dah tua pulak mcmana? hehe

Bukan Eciz said...

lupa kawan tu sikit la. tengah hangat la katakan. tapi saya yang tak bape remaja la. huahua. bkn pe, kawan pun lupa saya. huahua



nak tgk apa yg kamu sudi komennn = apa je yang anda nak komen

Norhalizayana Sazali said...

Linglung, yg dh berumur pun same je..

Sesopie said...

pling xleh blah yang lupe kawan tu..bengong tol

Eyqa Zaque said...

aduh. menakutkan..

Sponsor