Friday, May 7, 2010

Posted by Norhalizayana Sazali On 10:59 PM

Sifat dalaman seseorang tidak akan tertonjol semasa awal perkenalan, adakah anda tahu bahawa cara jalan juga serba sedikit menunjukkan ciri-ciri diri seseorang, bunyi seperti tidak penting tetapi sebenarnya sangat perlu diperhatikan, apa kata anda cuba tengok dibawah ini adakah ianya ada yang sama dengan anda?

  • Jika dilihat dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Sesiapa yang jalannya berginjat, kononnyadia adalah seorang yang tidak jujur kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain, juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, biasanya suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana orang seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai. 

  • Jika berjalan yang kerap menoleh ke kiri dan kanan. Orang seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap orang seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, walaupun begitu ramai yang berusaha untuk menakluki hatinya. Kononnya orang seperti ini senang diatur dan diuruskan.

  • Jika suka jalan sambil menunduk. Orang seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Orang seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, mereka ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada yang berjaya menawan hatinya dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, orang jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati seseorang yang dicintainya.

  • Jika berjalan memandang lurus ke depan. Mereka ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika orang seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

  • Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Mereka yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia  menganggapnya masalah kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

  • Jika berjalan badan tampak tegak. Mereka ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari orang seperti ini, dia bertanggungjawab terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi orang yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

  • Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Mereka yang jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan orang seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung.
  • 5 Statement:

    Abd Rahim said...

    Nice info yana...

    Eyqa Zaque said...

    rasanya bilet yang suka menoleh kiri dan kanan. hehe

    Unknown said...

    Hmmm aku yg macam mane yekkk???
    Hehehe...

    Norhalizayana Sazali said...

    Hoho..yana jenis yg jln tunduk..

    Unknown said...

    saye jenis jln tegak..
    jmpe llaki tnduk
    mcm mane ek????

    Sponsor